0

PERKEMAHAN PERDANA PASUKAN BADAN BERUNIFORM TAHUN 2010


Sek. Men. Keb. Tok Janggut telah mengadakan Perkemahan Perdana Pasukan Badan Beruniform Tahun 2010 di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu Terengganu.

Perkemahan ini telah disertai oleh lebih kurang 150 oarang pelajar Sek. Men. Keb. Tok Janggut. Pelajar-pelajar juga turut di iringi oleh guru-guru dan staf-staf Sek. Men. Keb. Tok janggut. Badan-badan uniform yang terlibat diantaranya ialah Kadet Polis (L), Kadet Polis (W), Kadet Bomba, Puteri Islam, Briged Bakti, Silat, PKBM, Pengakap, Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah dan lain-lain lagi.

Perkemahan perdana ini di isi dengan pelbagai aktiviti yang menarik untuk para pelajar dalam memantapkan diri serta mendisiplinkan diri mereka. Aktiviti-aktivit yang dijalankan ialah berkayak, kawad kaki, merentas desa, pertandingan memasak tanpa menggunakan api, gubahan, keceriaan kemah, persembahan dan sebagainya. Perkemahan ini juga mampu memupuk semangat bantu-membantu serta hormat-menghormati diantara pelajar.

Perkemahan perdana ini juga telah menjemput YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Ab. Wahab untuk merasmikan acara Perasmian Penutup. Kehadiran beliau amat-amat dihargai oleh kami pihak warga Sek. Men. Keb. Tok Janggut.
0

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Selamat kembali ke sekolah di ucapkan kepada seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut. Diharapkan dengan bermulanya penggal baru persekolahan ini, pelajar-pelajar dan guru-guru akan lebih memantapkan usaha dalam meningkatkan kejayaan dalam pencapaian akademik dan sahsiah diri. Galaslah tanggungjawab dengan lebih beretika serta ikhlas dalam melakukan setiap tugas serta cabaran yang mendatang.

Kepada pelajar-pelajar, teruskan usaha anda supaya dapat meningkatkan mutu kejayaan dalam diri anda sendiri. Ingatlah setiap pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa dan guru-guru mu. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh agar suatu masa nanti kalian boleh membalas jasa dan usaha mereka.

Kepada guru-guru yang telah banyak berjasa, sematkan kesetiaan mu keikhlasan mu dalam mendidik anak bangsa mu ke mercu jaya. Tingkatkan usaha dan kualiti dalam pengajaran mu, sesungguhnya setiap ilmu yang guru-guru curahkan sangatlah bermakna untuk anak bangsa mu. Tabahkan hati dalam menghadapi ujian yang mendatang. Semoga Allah akan memberkatimu guru-guru...
1

Watikah Pelantikkan 2010

Ucapan Dif Jemputan

Tetamu Jemputan Kehormat


Menunggu Ketibaan


Penyampaian Watikah Pelantikan Kepada Pengawas Lelaki


Penyampaian Watikah Pelantikan Kepada Pengawas Perempuan


Bacaan Ikrar 1


Bacaan Ikrar 2


Bacaan Ikrar 3

0

Jamuan Perpisahan Guru Matematik

Barisan guru-guru yang diraikan dan meraikan

Yang diraikan

Penyampaian hadiah kepada Cikgu Amalina



Penyampaian hadiah kepada Cikgu T.Rakimah


Jamuan makan



Jamuan perpisahan ini meraikan guru-guru matematik yang pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut dan telah berpindah ke sekolah lain. Jasa dan bakti mereka kepada sekolah akan tetap dikenang dan disanjung tinggi. Nasihat dan harapan kepada mereka agar teruskan usaha berkhidmat demi anak bangsa. Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut mendoaka semoga guru-guru yang diraikan ini akan terus mengingati kami di sini. Selamat berjuang guru-guru ku. Tidak ketinggalan diucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jawatan kuasa yang terlibat di dalam memeriahkan majlis ini. Hidup Biarlah Berjasa.

0

TARIKH KEPUTUSAN SPM 2009 - 11 MAC 2010

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2009) akan diumumkan pada hari Khamis 11 MAC 2010.

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2009) Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut boleh mendapatkan keputusan mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut mulai jam 10.00 pagi pada hari tersebut.


Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos.

Seramai 165 853 calon telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2009) di 3 569 pusat peperiksaan yang telah berlangsung pada 18 November 2009 sehingga 16 Disember 2009 yang lalu.

Kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2009) diharapkan agar anda semua akan memperolehi kejayaan. Sekian, hidup biarlah berjasa.
0

KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN MERENTAS DESA 2010

Tahniah kepada seluruh warga SMKTJ dalam menjayakan Kejohanan Merentas Desa 2010 Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut. Kepada yang berjaya meraih kemenangan, jutaan tahniah dan penghargaan diberikan. Manakala kepada yang kurang bernasib baik, tingkatkan usaha dan cuba lagi ditahun hadapan.

Pelari Pantas Lelaki : MOHD ZULHILMI (5A)

Pelari Pantas Perempuan : NUR SYAHIRAH BT KAMARZAMAN (3D)



Untuk keputusan lanjut :


Kedudukan Rumah Sukan :

KEDUDUKAN RUMAH JUMLAH MATA
JOHAN MERAH 426
NAIB JOHAN BIRU 390
KETIGA KUNING 277
KEEMPAT HIJAU 272
KELIMA JINGGA 241


Juara Setiap Kategori :

KATEGORI PESERTA RUMAH MASA
Lelaki A Mohd Zulhilmi (5A) Hijau 15.12
Perempuan A Siti Hajar Bt. Ahmad (5L) Merah 30.45
Lelaki B Mohd Amarul Andi B. Anuar (4B) Hijau 20.52
Perempuan B Nur Syahirah Bt. Kamarzaman (3D) Merah 24.13
Lelaki C Mohd Faiz Hakim B. Aziz (2K) Kuning 20.05
Perempuan C Zuraikha Bt. Mohd Non (1J) Biru 27.35




Tahniah kepada yang berjaya. Hidup biarlah berjasa.
0

Majlis Perpisahan


Majlis Perpisahan yang dianjurkan oleh jabatan Sains Dan Matematik telah diadakan pada 19 Julai 2009 bertempat di makmal sains bagi meraikan Cikgu Khalid Mamat dan Cikgu Johan.
Majlis ini dirasmikan oleh ketua Jabatan Sains dan Matematik iaitu oleh Puan Hjh Normala. Cikgu Khalid antara guru yang lama mengajar Matematik dan Ma tematik Tambahan. Sekarang beliau berkhidmat di SMK Long Ghaffar manakala Cikgu Johan berkhidmat di SMK Bukit Jawa.